Persoalan?

1. Adakah VCS bersifat melekit pada kulit ?

VCS ialah ‘water based’ formula dan penggunaannya memberikan keselesaan kepada si pemakai. Ia cepat meresap ke dalam kulit dan tidak menyebabkan kesan lekitan kepada si pemakai. Ia dirumus dengan terperinci untuk memberikan keselesaan optimum kepada anda.

2. Adakah VCS boleh dibawa ke dalam solat?

Ya.VCS diformulasi daripada 100% bahan-bahan yang halal digunakan.Malahan kilang kami juga berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice).Tambahan lagi, VCS merupakan sejenis serum yang tidak berbau dan membuat anda selesa memakainya ketika solat tanpa apa-apa bauan.

3. Saya suka bermekap sebelum keluar rumah. Bilakah saya harus menggunakan VCS?

Sapukan VCS selepas anda menggunakan toner. Biarkan seketika untuk serum meresap masuk ke dalam kulit wajah, sapukan pelembap (jika anda menggunakannya)dan kemudian barulah menggayakan solekan anda.

4. Adakah VCS ialah serum organik?

Ya. VCS diformulasikan daripada beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam dunia kecantikan seperti daun saxifrage, akar pokok peony,akar pokok skullcap dan buah delima.VCS dirumus khas bagi merawat kulit sensitive ataupun bermasalah.Oleh itu, ‘organic-type’ adalah pilihan terbaik untuk membantu anda.

5. Kenapa VCS tidak boleh disapu di kawasan berjerawat? Bukankah Vitamin C bagus untuk kulit?

Ya betul, sememangnya serum vitamin c adalah salah satu regim kecantikan untuk kulit.Meskipun begitu, pemakaian sebarang serum ketika kulit berjerawat boleh menyebabkan jerawat menjadi semakin teruk.Untuk itu, kulit berjerawat harus diubati terlebih dahulu.Setelah jerawat beransur pulih dan kering, boleh digunakan VCS.

6. Adakah terdapat sebarang kesan sampingan seperti radang kulit apabila menggunakan VCS ?

Setakat sekarang, pihak kami masih belum menerima sebarang aduan mengenai kesan negatif kepada mereka.Testimoni yang diterima adalah positif dan sedikit sebanyak penggunaan VCS membantu meningkatkan keyakinan mereka.

Walaubagaimanapun, jika ianya terjadi kepada anda sebarang kemerahan kulit yang pedih dan mengelupas teruk, anda dinasihatkan untuk berhentimenggunakan VCS dan segera dapatkan nasihat pegawai perubatan.

7. Apakah yang akan berlaku jika saya berhenti menggunakan VCS?

Tidak ada jawapan yang tepat.Ia bergantung kepada keadaan kulit masing-masing. Tapi untuk permulaan, kesan seawal 3 hari dapat dikesan jika anda menggunakan VCS dengan aturan yang betul.

8. Berapa lama tempoh penggunaannya untuk menampakkan kesan?

Ya. VCS diformulasikan daripada beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam dunia kecantikan seperti daun saxifrage, akar pokok peony,akar pokok skullcap dan buah delima.VCS dirumus khas bagi merawat kulit sensitive ataupun bermasalah.Oleh itu, ‘organic-type’ adalah pilihan terbaik untuk membantu anda.

9. Bagaimanakah VCS bertindakbalas dengan kulit dan menjadikan kulit cantik? Adakah ianya satu keperluan untuk mengambil serum vitamin C?

Secara spesifiknya, vitamin C sangat membantu dalam proses penghasilan kolagen. Kolagen adalah terdiri daripada komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, iaitu 2 elemen penting untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Kesannya, ia menyebabkan kulit menjadi gebu dan mengurangkan tona gelap pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.Kandungan kolagen kita berkurangan seiring dengan pertambahan usia. Oleh yang demikian, sumber dari luar sangat diperlukan untuk menyeimbangkan kandungan kolagen di dalam badan bagi menghasilkan kulit yang awet muda.

Shares